Program RichWorks bertujuan membantu usahawan PKS Malaysia mengatasi cabaran utama dengan memberi fokus kepada tiga elemen penting: Growth, Sustainability, dan Bankability. RichWorks bantu membina asas perniagaan yang kukuh, mencipta bisnes yang tahan lama, dan memastikan perniagaan layak menerima pembiayaan.
Pertumbuhan perniagaan tidak berlaku secara automatik. Banyak perniagaan kecil dan sederhana (PKS) tidak tahu cara untuk scale up perniagaan mereka. Adakah anda memahami kehendak pelanggan anda? Bagaimana pula dengan potensi untuk mengembangkan produk atau perkhidmatan baru?
Dengan bimbingan dari RichWorks, kami akan membantu anda mengenal pasti peluang pertumbuhan yang tepat. Kami akan membina asas perniagaan yang kukuh agar anda dapat mengembangkan perniagaan dengan lebih sistematik dan berjaya.
Dalam dunia perniagaan, ketahanan adalah kunci kejayaan jangka panjang. Bisnes yang tidak mempunyai strategi kukuh mudah terjejas oleh cabaran ekonomi, persaingan, dan faktor lain. Anda memerlukan struktur organisasi yang mantap, pasukan yang kuat, dan strategi yang mampu menangani cabaran mendatang.
RichWorks akan membantu anda merangka strategi kelestarian yang mampu memastikan perniagaan anda dapat bertahan dalam apa jua keadaan. Kami akan membimbing anda dalam membina pasukan yang berdaya tahan dan perniagaan yang kukuh untuk menghadapi cabaran di masa hadapan.
Kredibiliti kewangan adalah faktor utama yang menentukan sama ada perniagaan anda layak mendapatkan pembiayaan. Dalam dunia perniagaan hari ini, bank bukan sahaja menilai keuntungan, tetapi juga bagaimana perniagaan anda menangani impak kepada masyarakat dan alam sekitar melalui prinsip ESG (Environmental, Social, Governance).
Di RichWorks, kami akan membantu anda merangka strategi kewangan dan ESG yang komprehensif, sambil menangani cabaran seperti meningkatkan cash flow, menjana lebih banyak jualan, dan memaksimumkan keuntungan. Dengan pendekatan yang tepat, kami memastikan perniagaan anda bersedia untuk mencapai growth yang mampan dan meningkatkan peluang pembiayaan bagi memperkukuhkan perniagaan anda.
Sertai Roadshow kami: 10X Bina Bisnes Kewangan Berjaya, satu program eksklusif di mana RichWorks akan turun padang untuk memanggil 10,000 usahawan PKS seperti anda untuk melonjakkan pertumbuhan perniagaan dengan strategi terbukti berkesan, membina kestabilan kewangan yang kukuh, dan memastikan kecemerlangan berterusan dalam dunia perniagaan yang kompetitif.
Dalam roadshow ini, anda akan mendapat akses kepada potensi pembiayaan selain daripada menyertai program latihan kami untuk mempelajari teknik-teknik bisnes terkini sambil berpeluang untuk berhubung dan berkongsi ilmu dengan usahawan lain seperti anda. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan panduan praktikal yang akan membawa perniagaan anda ke tahap kejayaan yang 10X lebih baik – klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran segera!
Membina asas yang mantap untuk pertumbuhan perniagaan anda.
1. Pembiayaan untuk perniagaan kurang setahun:
Sehingga RM50,000, dengan syarat anda mempunyai penyata bank perniagaan (akaun semasa) selama sekurang-kurangnya 6 bulan.
2. Pembiayaan untuk perniagaan lebih setahun:
Sehingga RM5 juta, dengan syarat akaun anda telah diaudit.
Pembiayaan ini akan membantu perniagaan anda berkembang ke tahap yang lebih tinggi, seperti memperluaskan pasaran, meningkatkan cash flow, menjana lebih banyak jualan, serta mempertingkatkan operasi dan pemasaran untuk keuntungan yang lebih besar.